Monday, June 6, 2011

Saat Menilai Cinta

Selamat pagi.
Ini dipetik dari akhbar Kosmo ari ni. Sesuai di apply kepada sesiapa saja yg mahu bercinta, tak semestinya untuk org yg kawen o tunang je. Pk2 kan dan selamat mencuba. HEHE


SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.
Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.
Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.
Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.
Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:
1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.
2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.
Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.
3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.
4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.
5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.
6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.


p/s : review menteri di jabatan percintaan, barang yg lepas jgn dikenang.maybe jalan untuk capai kebahagiaan tu banyak yg perlu tempuh, so kena kuatkan semangat la. Lalu jugak and in the end mesti kite akan berpuas hati dengan result kite.  Jadikan itu sebagai experience for us to achieve a better one in the future. good luck!
Difficulties are opportunities to better things,
they are stepping stones to greater experience.
Perhaps some day you will be thankful
for some temporary failure in a particular direction.
When one door closes,
another always opens,
as a natural law it has to be, to balance.

xoxo =)



Sunday, June 5, 2011

kisah semalam


Hai Uolss
Lame gile tak updet ape2. Sibuk sikit dengan hal di alam realiti. Sejak ade kelas ni, banyak sgt agenda kena buat. But anyway, i can still manage to go out n spend a quality time with my girlfren, Iiffa.

Sape ifa ni? Die ni kawan sejak skola rendah sampa menengah. kire mmg rapat gile la. Makan satu pinggan la, tido satu katil, bak kate ifa, kalau setakat aku nak datang rumah die, die leh kasik kunci rumah trus la soh masuk sendiri. mmg sampai tahap camtu la. Perempuan ni baru balik Indonesia. Die dah grad dah in Medicine. Tapi grad thoery je  la. 15/6 ni balik Indonesia balik untuk praktikal for about 2 years. Lame gile tu... Tapi mmg medic lame kan? yg penting gaji berbaloi. senang aku nak pow lagi. hehe.


So, last Friday, aku pun kua la ngan die ni. Ingat nak tgk muvie je, sekali sampai teman shopping bagai. Aku dah la tade duit. ( PLease JPA hear me out, AKU TADE DUIT DAH NI). ehe. tapi aku teman je laa. Kitorg p Ipoh Parade sebab jumaat aritu cuti so konpem JJ penuh ngan org. So better p IP je. Sampai IP, p beli tiket wayang dulu. Kitorg tgk X-MEN FIRST CLASS. Walaweyy! mmg first class. Nanti i review pasal X-Men first class. So abes wayang dalam kul 4 tu, p teman mangkok ni shopping lagi. Mmg style la. banyak duit die ni. same cam boyfren die name Muhammad hadi. Hadi ni pun bestfren aku. Aku salu pow die. Best gile. hehe. Tapi Hadi tade kat mesia. So Hadi sila tggu kedatangan aku nanti. hehe. Sediakan wang plastik anda. hehe. Afta shopin sume n g melantak kat Kenny, kitorg pun balik la. Tapi aku yg baik hati ni, dah janji ngan mak ifa teman die kat umah malam tu sebab parent ifa p parit buntar ade mesyuarat katenya, Maka, aku balik umah amek baju sume n g umah ifa.

The best part yg berlaku aritu adalah kejadian di bilik air. So, selepas bergado dengan ifa sape nak mandi dulu, akhirnya aku yg  BAIK HATI ini g la mandi dulu. So tym dalam bilik air ni. aku nak bersiram bagai la. Tym nak berus gigi, aku terlanggar sinki dalam bilik air ni, n guess what, sinki ni terjatuh n prangggggggggggg pecahhh! Demit. Dah la rambut penuh shampoo, mata dah pedih ngan tak nampaknya. Ifa kat lua, dah jerit dah. Tapi aku ngan cool nye meneruskan permandian aku n dah tu kua muka rilek sambil berkata,
"Ifa, sinki senget hang dah pecah" . Hahaha, Sorry ifa tapi aku langgar ngan tangan je pun, nampak sgt sinki tu ta kukuh. hehe. So pas mandi tu terpaksa buat upacara pembersihan bilik air. Dah abes bersih sume, nak kena buat kerja2 plumber sebab air pancut2 ni. Ifa ni mmg ta reti, Tu la medic ta ajar kau gune spanar kann? akhirnya aku jugak yg buat setelah gado2 dengan hang. Hehe. dah setel sume, Terpaksa aku mandi balik sebab dah peluh2. Then solat semua mintak ampun dalam doa sebab pecahkan sinki tu. Then kitorg pun p la kua makan kat sb road. Sedap gak keoyteow die tapi pelik sebab die letak hati ayam. aku tak makan la gileee! isk. Then ifa jugak yg makan. Hehe. dah abes2 makan,kitorg jalan2 kat gerbang malam n still ifa jugak yg berjaya beli barang yg die nak sebab die ade duitt. aku dah pokai. hehe. Abes jalan2 tu, kitorg pun balik n ape lagi ZZzzzzzzzzzzzzzzzzZZ.

So, below gambar2 yg berjaya disnap ketika kua berlagha ngan ifa aritu.. Enjoyysss

memilih seluar yg muat. susah betol.

murah murah sale kat FOS

baju tu 3 for RM16. opkos la rembat!

ni aku yg pilih!


sua untuk ke hospital katenya. aku jugak pilih.

bawak org gilak p shopin

satu2 manusia dalam dunia yg tade walet.
tengs FOS for the sale.

bajet bajet

=)

float tak jadi. padan muka!



gaya sorg doctor yg serius. podahhh!


=p

ifa kate cam ikan. ikan ape wey? buntal??

ifa punya

saya puunya

saya abes dulu sebab super  lapar!

kenny rogers penternak aedes rupanya.

yeah! ni la rupa sinki yg pecah! aku yg buat!

sinki dah hilang



stor penyimpanan barang2 yg pecah
thats all! tengs ifa for ur hospitality yg ta bape nak hospitality sebab in the end aku jugak yg bertukang. hehe


xoxo